Monday, January 21, 2013

Adakah Anda Fokus Bekerja 8 Jam Sehari..?

Salam Monday Blues...Assalamualaikum Warrahmatullahi Wabarakatuh....

Pagi ni...eh! Tengah hari dah..! Punye la kusyuk buat kerja sampai tak perasan masa berlalu. Dah tengahari rupanya. Ni baru betul-betul 'willing to work with rakyat' bak kata bos aku dalam mesyuarat minggu lepas (tapi sekarang ni melencong kejap..hihiihihi). Bila di renung-renung semula ada juga betulnya kata bos aku tu. 

* Why are you working with...?
* Do you willing to work with 'rakyat' 8 hours a day?

Cuba reflect semula berapa jam yang diberikan kepada rakyat dalam kerja-kerja seharian kita. Adakah cukup 8 jam bekerja di office? atau 4 jam? atau 2 jam? yang selebihnya baca paper, mengadap muka buku, main game, merewang a.k.a. mengulor. 

Seperti yang telah di amanatkan oleh PM kita untuk tahun 2013,

Masa depan negara dan anak-anak kita adalah terlalu penting untuk dipertaruhkan mahupun untuk dijadikan bahan eksperimen. Membina sebuah negara yang berjaya memerlukan usaha yang berterusan dengan halatuju yang jelas. Meruntuhkan sebuah negara pula hanya memerlukan masa yang pendek namun kesannya berpanjangan. Di tangan kitalah terletak keputusan bagaimana masa depan negara hendak dicorakkan, ke mana Malaysia hendak di bawa. Bapa-bapa dan ibu-ibu pengasas negara telah mengemudi Malaysia ke mercu jaya dengan keringat, air mata dan darah. Hari ini tanggungjawab terletak pula di bahu kita. Sama ada Malaysia terus mara ke hadapan atau berundur.

Jadi dengan ini, Yes! We are willing to work with 'rakyat' 8 hours a day! Senang crite, kita ikut pada lafaz ketika mula-mula memohon sesuatu pekerjaan dah tertakhluk ikrar kita untuk bekerja dengan bersungguh-sungguh. Setiap jenis pekerjaan adalah sumbangan kepada rakyat sama ada dalam bentuk wang, perkhidmatan, fizikal atau mental. 

Kepada yang suka mengadap muka buku, main game, merewang a.k.a. mengulor tu kene ambik kesedaran untuk semua ini bagi membina bangsa yang cemerlang. Untuk aku pulak time ni tengah berehat sebentar selepas fokus buat kerja dari pagi tadi. Jadi korang maafkanlah aku untuk setengah jam ni aku update blog.,hikhikhikhikhik! :P

♥ TBC to another real story ~ 

:: di taip oleh Cik Sall ::

No comments:

Post a Comment